Wednesday, January 12, 2011

Sejarah - Bunga Lawang Bunga Cengkih bah 3.

Assalamualaikum

Seluruh nusantara termasuk Filipina dan lain-lain kepulauan Melayu telah dijajah habis-habisan oleh Bukan Islam. Mereka merendahkan minda orang Islam dengan menanamkan kedalam fikiran bahawa orang Islam malas, sebab Islam lah orang Islam mundur dan berbagai-bagai yang negative dimasukkan kedalam fikiran kita.

Saya mohon supaya subjek sejarah dirombak dan bersetuju dengan mereka yang berpendapat sedemikian. Dan saya mahu sejarah Malaysia ditulis  dengan sejarah yang sebenar, bermula dengan sejarah Melayu Islam, bukan Melayu Hindu. Penjajah sengaja mengatakan bahawa Melayu dahulu adalah Hindu. Saya nafikan, walau saya tidak mempunyai fakta.

Masakan hindu kemudian pilih Islam secara keseluruhan Melayu, masakan kerana patuh akan raja mereka sama-sama masuk Islam.?

Tapak-tapak kuil yang ada di tanah Melayu dahulu kala adakah cukup untuk mengatakan Melayu suatu ketika dahulu adalah Hindu ?. bagai mana kalau kita jumpa Masjid lama di Negara eropah , adakah kita terus kata eropah dahulu adalah Islam.

Hindu tak akan memeluk Islam, sesenangnya, hanya yang berada dijalan benar, mahu mencari kebenaran, Orang Madinah menganut agama Nabi Ibrahim, dan mereka berada dilandasan benar, sebab itu mereka senang menerima Islam, berbanding orang Quraisy Mekah waktu itu adalah penyembah berhala.

Bagaimana kalau kita kata, Melayu zaman dahulu adalah orang yang menganut ugama Nabi Ibrahim, jadi bila kedatangan Islam mereka dengan senang hati menerima Islam, kerana keselarian ajaran dan kebenaran ajaran.

Abaikan tapak candi, belum tentu itu adalah candi hindu, kemungkinan itu adalah rumah ibadat  seumpama masjid kini, kemudian apabila berlaku kesesatan dalam agama Hanif masjid tadi ditambah-tambah unsure –unsur sesat, dan menjadi seolah-olah Hindu.
(ini pandangan peribadi sahaja- tanpa sebarang kajian dan rujukan).

Kita kena ketengahkan tokoh-tokoh Islam yang berjuang mempertahankan agama di Negara kita, kita kena iktiraf syahid kepada tokoh-tokoh agama yang terkorban ditangan penjajah.

Hentikan omong kosong sejarah bunga lawang bunga cengkih, kerana ini semua adalah mainan politik antara bangsa ketika itu. Sama seperti mainan politik amarika ketika ini yang memberi alasan memerangi pengganas. Mengistihar sesebuah Negara sebagai pengganas dan mula menyerang Negara tersebut. Maka sibodoh dalam Negara tersebut menyokong bahawa amarika dating memerangi pengganas.

Samalah dengan sibodoh dalam Negara kita yang bersekongkol dengan penjajah mengatakan pejuang kemerdekaan adalah pengganas malah dalam istilah lama dipanggil lanun, dan amat popular gelaran lanun untuk keturunan Sulu.

Setelah meredeka sekalipun masih takut kepada Ratu, maka kitapun sertai komanwel yang terpaksa berdiri apabila ratu dating.

Kejahilan mereka yang suka dan berkiblatkan London hingga hari ini menyebabkan mereka berkata kita merdeka dengan tanpa tumpah darah. Maka kita disuruh bangga dengan perkara tersebut.

Bersambung..4

No comments:

Post a Comment