Assalamualaikum wbt.
Antara Melayau UMNO dan Melayu PAS serta Melayu PKR, siapa yang durhaka kepada Raja. UMNO menuduh PKR dan PAS durhaka kepada Raja (Sultan). PAS dan PKR membuktikan UMNO yang banyak durhaka kepada Sultan. Mana satu yang betul ni ?.
54 tahun sudah merdeka, kuasa raja sekadar duduk atas kerusi kuning sahaja, tiada dapat berkata atau memutuskan apa-apa. Perlembagaan pun tidak dapat dibuat apa-apa oleh baginda. Kalau baginda tidak setujupun perlembagaan akan dipinda dengan majoriti 2/3.
Kebayakan sultan didunia telah diturunkan tahta oleh rakyatnya, yang bercita-cita menjadi raja, salah seorang rakyatnya bercita-cita menjadi raja, mula mempengaruhi rakyat-rakyat yang lain supaya membenci Raja, akhirnya dapatlah beliau menjadi Raja. dan lebih hebat dari raja. Untuk menyembunyikan durhaka nya dirinya kepada raja lalu dituduh orang lain yang durhaka kepada raja, yang peliknya bodoh sangatkah raja sehingga tak dapat tahu, siapa yang sebenarnya durhaka.
Takkan pindaan perlembangaan tahun 1993, tak dikaji oleh penasihat-penasihat Sultan, takkan kes malayan union tak jadi iktibar kepada sultan.
Yang kuat memperjuangkan kedualatan sultan kenapa tak sokong pindaan perlembagaan untuk kembalikan kuasa raja. Inilah yang dikatakan pelik.
Adakah perlu institusi Diraja dikekalkan ?.
Mereka yang berkuasa dan bercita-cita hendak menjadi raja tidak mahu institusi diraja dikekalkan, lebih baik ditiadakan, cina dan india tentu tak mahu sisitem beraja, sekarang inipun mereka persoal apa kerja raja.
Chek Pi kata, Melayu Islam kena sokong sistem beraja, bukan melayu tidak boleh hidup tanpa Raja, kewujudan Raja diperlukan dalam menjadi ketua mentadbir negara dan mentadbir agama Islam. Cuma silapnya ketua Agama Islam tak hantar anak kesekolah Agama. harap harap suatu hari nanti sebelum terlambat, semua raja melayu jadi macam sultan kelantan sekarang.
No comments:
Post a Comment