Assalamualaikum wbt.
Adakah patut atau adakah logic Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris belayar sebegitu jauh sekadar untuk mengusai perniagaan bunga lawang dan bunga cengkih ?, biar kepada India Muslim dari Gujerat sajalah yang jual bunga lawang dan bunga cengkih.(contoh sejarah penipuan sejarah sebenar).
Sedap sangatkah bunga lawang dan bunga cengkih, sehingga mereka sanggup belayar dan berperang kerananya. Atau resepi mereka semuanya kena masukkan bunga lawang dan bunga cengkih.
Sudahlah…. Dah lama sangat rakyat diomong dengan Sejarah Bunga Lawang Bunga Cengkih ini. (saya namakan sejarah bunga lawang bunga cengkih kerana itu alasan Portugis serang Melaka, saya bukan ahli sejarah, jadi pandangan saya hanyalah pandangan kulit sahaja, saya tak dapat mengeulas lebih dari itu.).
Jangan kita buat penipuan lagi, kita kena tulis sejarah yang boleh membina jati diri, bina kekuatan bangsa secara keseluruhan. Kita tidak boleh memenangkan satu pihak sahaja, seolah-olah pihak lain, tidak terlibat dalam memerdekakan Negara, kita tidak boleh menulis sejarah seperti sejarah Singapura sekarang, kerana mereka bermula dengan “ tiba-tiba kami jadi sebuah Negara merdeka…., selepas itu..)
Katakanlah yang sebenar, biar pun pahit. Inggeris, Belanda dating ke kepulauan Melayu kerana Melayu adalah Islam. Kerana Inggeris (Kristian) akan menentang apa saja yang berkaitan dengan Islam. Mereka akan hapuskan system beraja kerana system beraja adalah warisan Islam, walaupun raja tak berapa Islamik dalam kehidupan dan pemerintahannya.
Berbalik kepada sejarah bunga lawang bunga cengkih, ada ke statistic eksport bunga lawang bunga cengkih Malaya tahun dulu-dulu,… jawapannya tiada, yang ada adalh eksport bijih timah, dan balak.
Oleh kerana kita telah lama dimomokkan dengan bunga lawang dan bunga cengkih, kitapun percayalah…, ulang banyak kali, cetak banyak naskah, lama-lama orang akan percaya kecuali mereka yang berfikir.
Bersambung…3.