Thursday, September 23, 2010

Ubah Persepsi Amuk

Assalamualaikum wbt

Siapa pernah tengok orang mengamuk ?. Siapa yang berani tunggu kalau ada orang mengamuk, semua pakat lari. Hang tuah seorang sahaja yang berani. Saya pun angan-angan nak jadi berani macam hang Tuah masa kecik-kecik dulu ( Siapa kata Hang Tuah cerita mitos, biasalah orang melayu, tak suka naikkan nama Melayu, kalau Hang Tuah, macam Robin Hood, baru depa percaya, sebab Robin Hood omputeh, dah tu ada yang kata Hang Tuah orang cina le, macam-macam lagi, bagi saya Hang Tuah tetap Melayu dan wujud, semoga pengkaji-pengkaji Hang Tuah dapat meyakinkan pihak berkuasa siapa Hang Tuah).

Kenapa agaknya perkaitaan AMUK dikaitkan dengan Melayu, ramailah yang sokong hanya melayu saja yang pandai mengamuk, ada yang bangga yang melayu saja amuk sebab bahasa Melayu yang di Inggeriskan oleh omputeh.

Bagi saya inilah kaedah penjajah, propaganda penjajah, untuk memburukkan sesuatu bangsa.

Amuk – terbayang orang yang hilang ingatan, ligan sana, ligan sini, nak bunuh orang tak tentu pasal ( satu keburukan dikenakan keatas Melayu 1-0)

Amuk – dikaitkan dengan orang yang belajar silat, baca isim tak habis, jampi mentera salah, hafal zikir salah, wirid salah, dikaitkan dan ditakutkan kepada orang Melayu jangan belajar Silat ( nah kena lagi orang Melayu 2 -0)

Amuk – dikaitkan dengan orang yang tak ada sifat sabar, tak boleh ajak berunding (ambik kau orang Melayu 3-0)

Cukup sekadar 3 -0.

Melayu, mari ubah persepsi Amuk kepada Jihad (bukan suruh masuk JI, Al Qaeeda- depa tu kita tak tau identity sebenar)

Sejak kuffar jatuhkan Uthmaniyah dan Melayuwiyah (Khalifah Melayu). Sukatan Jihad tak boleh ajar dalam Islam dan mudahnya jihad ditanam dalam jiwa Melayu sebagai Mengamuk. Jadi Jihad dipandang buruk oleh orang Melayu Islam sendiri.

Tok Janggut mengamuk ( buruknya perangai Tok Janggut kerana mengamuk, sebab mengamuk adalah orang yang tak sabar.) Pada hal Tok Janggut berjihad fisabilillah menentang kafir lakanat yang menjajah umat Islam. Maka hingga kini Tok janggut tak diistihar sebagai As Syahid, kecuali pendokong-pendokong Islam sebenar.

Lihat bagaimana mereka memanipulasi dan memutar belit perkataan sehingga membawa maksud yang buruk sekaligus mencerminkan bangsa itu buruk.

Rambo mengamuk, tidak Rambo tidak mengamuk dia hanya tunjuk perasaan marah sebab diinaya konon. Rambo tidak buruk malah menjadi icon lelaki hebat. Tidak seperti Tok Janggut.

Hoi Melayu, fikirlah banyak –banyak jangan dok seronok saja.