Monday, January 24, 2011

Durhaka kepada Raja.

Assalamualaikum wbt.

Antara Melayau UMNO dan Melayu PAS serta Melayu PKR, siapa yang durhaka kepada Raja. UMNO menuduh PKR dan PAS durhaka kepada Raja (Sultan). PAS dan PKR membuktikan UMNO yang banyak durhaka kepada Sultan. Mana satu yang betul ni ?.

54 tahun sudah merdeka, kuasa raja sekadar duduk atas kerusi kuning sahaja, tiada dapat berkata atau memutuskan apa-apa. Perlembagaan pun tidak dapat dibuat apa-apa oleh baginda. Kalau baginda tidak setujupun perlembagaan akan dipinda dengan majoriti 2/3.

Kebayakan sultan didunia telah diturunkan tahta oleh rakyatnya, yang bercita-cita menjadi raja, salah seorang rakyatnya bercita-cita menjadi raja, mula mempengaruhi rakyat-rakyat yang lain supaya membenci Raja, akhirnya dapatlah beliau menjadi Raja. dan lebih hebat dari raja. Untuk menyembunyikan durhaka nya dirinya kepada raja lalu dituduh orang lain yang durhaka kepada raja, yang peliknya bodoh sangatkah raja sehingga tak dapat tahu, siapa yang sebenarnya durhaka.

Takkan pindaan perlembangaan tahun 1993, tak dikaji oleh penasihat-penasihat Sultan, takkan kes malayan union tak jadi iktibar kepada sultan.

Yang kuat memperjuangkan kedualatan sultan kenapa tak sokong pindaan perlembagaan untuk kembalikan kuasa raja. Inilah yang dikatakan pelik.

Adakah perlu institusi Diraja dikekalkan ?.

Mereka yang berkuasa dan bercita-cita hendak menjadi raja tidak mahu institusi diraja dikekalkan, lebih baik ditiadakan, cina dan india tentu tak mahu sisitem beraja, sekarang inipun mereka persoal apa kerja raja.

Chek Pi kata, Melayu Islam kena sokong sistem beraja, bukan melayu tidak boleh hidup tanpa Raja, kewujudan Raja diperlukan dalam menjadi ketua mentadbir negara dan mentadbir agama Islam. Cuma silapnya ketua Agama Islam tak hantar anak kesekolah Agama. harap harap suatu hari nanti sebelum terlambat, semua raja melayu jadi macam sultan kelantan sekarang.

Wednesday, January 12, 2011

Sejarah - Bunga Lawang Bunga Cengkih bah 3.

Assalamualaikum

Seluruh nusantara termasuk Filipina dan lain-lain kepulauan Melayu telah dijajah habis-habisan oleh Bukan Islam. Mereka merendahkan minda orang Islam dengan menanamkan kedalam fikiran bahawa orang Islam malas, sebab Islam lah orang Islam mundur dan berbagai-bagai yang negative dimasukkan kedalam fikiran kita.

Saya mohon supaya subjek sejarah dirombak dan bersetuju dengan mereka yang berpendapat sedemikian. Dan saya mahu sejarah Malaysia ditulis  dengan sejarah yang sebenar, bermula dengan sejarah Melayu Islam, bukan Melayu Hindu. Penjajah sengaja mengatakan bahawa Melayu dahulu adalah Hindu. Saya nafikan, walau saya tidak mempunyai fakta.

Masakan hindu kemudian pilih Islam secara keseluruhan Melayu, masakan kerana patuh akan raja mereka sama-sama masuk Islam.?

Tapak-tapak kuil yang ada di tanah Melayu dahulu kala adakah cukup untuk mengatakan Melayu suatu ketika dahulu adalah Hindu ?. bagai mana kalau kita jumpa Masjid lama di Negara eropah , adakah kita terus kata eropah dahulu adalah Islam.

Hindu tak akan memeluk Islam, sesenangnya, hanya yang berada dijalan benar, mahu mencari kebenaran, Orang Madinah menganut agama Nabi Ibrahim, dan mereka berada dilandasan benar, sebab itu mereka senang menerima Islam, berbanding orang Quraisy Mekah waktu itu adalah penyembah berhala.

Bagaimana kalau kita kata, Melayu zaman dahulu adalah orang yang menganut ugama Nabi Ibrahim, jadi bila kedatangan Islam mereka dengan senang hati menerima Islam, kerana keselarian ajaran dan kebenaran ajaran.

Abaikan tapak candi, belum tentu itu adalah candi hindu, kemungkinan itu adalah rumah ibadat  seumpama masjid kini, kemudian apabila berlaku kesesatan dalam agama Hanif masjid tadi ditambah-tambah unsure –unsur sesat, dan menjadi seolah-olah Hindu.
(ini pandangan peribadi sahaja- tanpa sebarang kajian dan rujukan).

Kita kena ketengahkan tokoh-tokoh Islam yang berjuang mempertahankan agama di Negara kita, kita kena iktiraf syahid kepada tokoh-tokoh agama yang terkorban ditangan penjajah.

Hentikan omong kosong sejarah bunga lawang bunga cengkih, kerana ini semua adalah mainan politik antara bangsa ketika itu. Sama seperti mainan politik amarika ketika ini yang memberi alasan memerangi pengganas. Mengistihar sesebuah Negara sebagai pengganas dan mula menyerang Negara tersebut. Maka sibodoh dalam Negara tersebut menyokong bahawa amarika dating memerangi pengganas.

Samalah dengan sibodoh dalam Negara kita yang bersekongkol dengan penjajah mengatakan pejuang kemerdekaan adalah pengganas malah dalam istilah lama dipanggil lanun, dan amat popular gelaran lanun untuk keturunan Sulu.

Setelah meredeka sekalipun masih takut kepada Ratu, maka kitapun sertai komanwel yang terpaksa berdiri apabila ratu dating.

Kejahilan mereka yang suka dan berkiblatkan London hingga hari ini menyebabkan mereka berkata kita merdeka dengan tanpa tumpah darah. Maka kita disuruh bangga dengan perkara tersebut.

Bersambung..4

Sunday, January 2, 2011

Sejarah - Bunga Lawang Bunga Cengkih bah 2.

Assalamualaikum wbt.

Adakah patut atau adakah logic Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris belayar sebegitu jauh sekadar untuk mengusai perniagaan bunga lawang dan bunga cengkih ?, biar kepada India Muslim dari Gujerat sajalah yang jual bunga lawang dan bunga cengkih.(contoh sejarah penipuan sejarah sebenar).

Sedap sangatkah bunga lawang dan bunga cengkih, sehingga mereka sanggup belayar dan berperang kerananya. Atau resepi mereka semuanya kena masukkan bunga lawang dan bunga cengkih.

Sudahlah…. Dah lama sangat rakyat diomong dengan Sejarah Bunga Lawang Bunga Cengkih ini. (saya namakan sejarah bunga lawang bunga cengkih kerana itu alasan Portugis serang Melaka, saya bukan ahli sejarah, jadi pandangan saya hanyalah pandangan kulit sahaja, saya tak dapat mengeulas lebih dari itu.).

Jangan kita buat penipuan lagi, kita kena tulis sejarah yang boleh membina jati diri, bina kekuatan bangsa secara keseluruhan. Kita tidak boleh memenangkan satu pihak sahaja, seolah-olah pihak lain, tidak terlibat dalam memerdekakan Negara, kita tidak boleh menulis sejarah seperti sejarah Singapura sekarang, kerana mereka bermula dengan “ tiba-tiba kami jadi sebuah Negara merdeka…., selepas itu..)

Katakanlah yang sebenar, biar pun pahit. Inggeris, Belanda dating ke kepulauan Melayu kerana Melayu adalah Islam. Kerana Inggeris (Kristian) akan menentang apa saja yang berkaitan dengan Islam. Mereka akan hapuskan system beraja kerana system beraja adalah warisan Islam, walaupun raja tak berapa Islamik dalam kehidupan dan pemerintahannya.

Berbalik kepada sejarah bunga lawang bunga cengkih, ada ke statistic eksport bunga lawang bunga cengkih Malaya tahun dulu-dulu,… jawapannya tiada, yang ada adalh eksport bijih timah, dan balak.

Oleh kerana kita telah lama dimomokkan dengan bunga lawang dan bunga  cengkih, kitapun percayalah…, ulang banyak kali, cetak banyak naskah, lama-lama orang akan percaya kecuali mereka yang berfikir.

Bersambung…3.

Wednesday, December 29, 2010

Sejarah - Bunga Lawang Bunga Cengkih

Assalamualaikum.

Sejarah : “Bunga Lawang Bunga Cengkih”

Setelah beberapa bulan isu ini diutarakan, baru kali ini saya berkesempatan memberi sedikit respon. Dulu kita kena belajar sejarah luar Negara, kena ingat tokoh-tokoh luar Negara, maka kita anggap hebatlah tokoh-tokoh tersebut, jadi tak hairanlah jika ada rakan anda bernama Mustafa Kamal Attarturk, Gamal Nasir dan berbagai –bagai lagi.

Dalam sejarah yang kita belajar,  kita (Melayu) diperlekehkan dengan hanya bermain keris dan keris pula digunakan untuk menikam Melayu sahaja.

Cis.., masakan keris Melayu untuk menikam Melayu sahaja. Kita merendahkan martabat bangsa, kita dikatakan bertikam sesama sendiri dalam sejarah Melayu.

Saya betulkan disini bahawa Melayu tidak bertikam sesama sendiri, sekadar menegakkan kebenaran , menegak yang haq dan yang batil. Dan bertikam juga adalah jalan terakhir jika si batil masih berkeras dan mahu menegakkan benang yang basah. Dan yang berkuasa sahaja boleh menghukum yang batil dengan kerisnya (keris jawatannya).

Sebab itu keris ada lambang tersendiri yang menunjukkan kuasa si pemakainya.  Dalam sejarah Melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat bertikam kononnya sesama sendiri. Tidak..
Mereka tidak bertikam sesama sendiri.., selepas tiada jalan penyelesaian maka Hang Tuah ditugaskan menghukum Hang Jebat. Hang Jebat tetap mempertahan kebenaran dirinya, maka bertikam adalah jalan akhir.

Kebanyakan sejarah kita didongengkan oleh penjajah, dan kemudiannya didongengkan oleh bangsa kita sendiri, biasalah taktik penjajah sebegitu, mereka akan merendahkan martabat dan memperkecilkan keupayaan bangsa yang dijajah. Berbanding dengan Islam yang membuat pembukaan atau pembebasan fizikal dan jiwa disesuatu tempat. Islam tidak menjajah walau ¾ dunia didudukinya.

Ada pendapat yang minta sukatan pelajaran sejarah di rombak, ada yang cadang supaya cara mengajar diubah suai.

Secara pandangan tidak sihat (pandangan jahat), saya nampak ini hanyalah peluang untuk sesetengah orang atau orang tertentu atau seseorang tertentu dikalangan ‘mereka’ membuka peluang  perniagaan, peluang untuk menjual Lap Top, menjual service lap top, kalau dulu Lap Top PPSMI kini Lap Top  , mungkin nama program S1M (sejarah 1 Malaysia) atau lain-lain nama yang direka supaya sedap disebut dan relevan dengan situasi.

Kontrak pembekalan mungkin mencecah 10 tahun , kontrak servis mencecah 15 tahun.

Wahai pencinta sejarah yang berilmu, buatlah sesuatu, supaya bila dikeluarkan buku teks atau kurikulum baru sejarah, ia benar-benar sejarah yang benar. Sejarah tak pernah menipu, tetapi sejarah penipuan sejarah sebenar yang sering terjadi..

Bersambung .. 2.


Wednesday, September 29, 2010

Depa pulang balik duit.. tu

Assalamualaikum wbt.

Baguih Makcik dan Pak Cik, lepas ni jangan dok terima wang dari mana-mana kerajaan.

Berikutan mereka yang memulangkan wang ehsan kerajaan Negeri Pulau Pinang, kerana kata mereka, wang itu dari dari sumber judi. Saya gerenti ini adalah mainan politik orang tertentu, yang tak ada niat lain selain dari nak menjatuhkan kerajaan tersebut. Buka dia tak tau duit kerajaan Malaysia pun penuh dengan hasil judi dan hasil babi, maka selepas ini saya nasihatkan mak cik dan pak cik jangan terima sebarang bantuan kecuali wang zakat. Wang zakat syarikat yang berniaga pun tak terlepas dari wang syubahat, yang tercampuk aduk dengang wang riba.

Tapi , terus terang lah mak cik dan pak cik oii.. , sesekali saya nak kata pak cik dan makcik memang bodo… (ini yang sebenarnya saya nak kata).

Monday, September 27, 2010

Berjudi haram dosa besar

Assalamualaikum.

Berikutan LGE beri duit kononnya didakwa oleh Merican kata itu duit judi, mereka tak mahu bersubahat dalam hal ini. Baguslah kalau dah ada kesedaran begitu dalam pihak 'kerajaan' . selepas ini tak ada lagi kasino yang dibina.

Isteri tak perlu tanya dari mana suami dapat duit yang diberikan kepadanya, suami 'tahu' dan bertanggungjawab penuh terhadap duit yang dinafkahkan kepada isi keluarganya, tapi kalau isteri dok tanya dan diketahui duit itu duit haram, maka dia tak boleh nak makan duit itu.

Ekoran itu penerima duit dari kerajaan tak payah nak tanya duit dari sumber mana, kalau nak siasat, penerima gaji kakitangan kerajaan pun akan susah hati, dan ada yang berhenti kerja.

Orang dah bagi terima sajalah. Yang satu pihak tu nak jadi juara pasal apa ?.

Thursday, September 23, 2010

Ubah Persepsi Amuk

Assalamualaikum wbt

Siapa pernah tengok orang mengamuk ?. Siapa yang berani tunggu kalau ada orang mengamuk, semua pakat lari. Hang tuah seorang sahaja yang berani. Saya pun angan-angan nak jadi berani macam hang Tuah masa kecik-kecik dulu ( Siapa kata Hang Tuah cerita mitos, biasalah orang melayu, tak suka naikkan nama Melayu, kalau Hang Tuah, macam Robin Hood, baru depa percaya, sebab Robin Hood omputeh, dah tu ada yang kata Hang Tuah orang cina le, macam-macam lagi, bagi saya Hang Tuah tetap Melayu dan wujud, semoga pengkaji-pengkaji Hang Tuah dapat meyakinkan pihak berkuasa siapa Hang Tuah).

Kenapa agaknya perkaitaan AMUK dikaitkan dengan Melayu, ramailah yang sokong hanya melayu saja yang pandai mengamuk, ada yang bangga yang melayu saja amuk sebab bahasa Melayu yang di Inggeriskan oleh omputeh.

Bagi saya inilah kaedah penjajah, propaganda penjajah, untuk memburukkan sesuatu bangsa.

Amuk – terbayang orang yang hilang ingatan, ligan sana, ligan sini, nak bunuh orang tak tentu pasal ( satu keburukan dikenakan keatas Melayu 1-0)

Amuk – dikaitkan dengan orang yang belajar silat, baca isim tak habis, jampi mentera salah, hafal zikir salah, wirid salah, dikaitkan dan ditakutkan kepada orang Melayu jangan belajar Silat ( nah kena lagi orang Melayu 2 -0)

Amuk – dikaitkan dengan orang yang tak ada sifat sabar, tak boleh ajak berunding (ambik kau orang Melayu 3-0)

Cukup sekadar 3 -0.

Melayu, mari ubah persepsi Amuk kepada Jihad (bukan suruh masuk JI, Al Qaeeda- depa tu kita tak tau identity sebenar)

Sejak kuffar jatuhkan Uthmaniyah dan Melayuwiyah (Khalifah Melayu). Sukatan Jihad tak boleh ajar dalam Islam dan mudahnya jihad ditanam dalam jiwa Melayu sebagai Mengamuk. Jadi Jihad dipandang buruk oleh orang Melayu Islam sendiri.

Tok Janggut mengamuk ( buruknya perangai Tok Janggut kerana mengamuk, sebab mengamuk adalah orang yang tak sabar.) Pada hal Tok Janggut berjihad fisabilillah menentang kafir lakanat yang menjajah umat Islam. Maka hingga kini Tok janggut tak diistihar sebagai As Syahid, kecuali pendokong-pendokong Islam sebenar.

Lihat bagaimana mereka memanipulasi dan memutar belit perkataan sehingga membawa maksud yang buruk sekaligus mencerminkan bangsa itu buruk.

Rambo mengamuk, tidak Rambo tidak mengamuk dia hanya tunjuk perasaan marah sebab diinaya konon. Rambo tidak buruk malah menjadi icon lelaki hebat. Tidak seperti Tok Janggut.

Hoi Melayu, fikirlah banyak –banyak jangan dok seronok saja.