Monday, September 27, 2010

Berjudi haram dosa besar

Assalamualaikum.

Berikutan LGE beri duit kononnya didakwa oleh Merican kata itu duit judi, mereka tak mahu bersubahat dalam hal ini. Baguslah kalau dah ada kesedaran begitu dalam pihak 'kerajaan' . selepas ini tak ada lagi kasino yang dibina.

Isteri tak perlu tanya dari mana suami dapat duit yang diberikan kepadanya, suami 'tahu' dan bertanggungjawab penuh terhadap duit yang dinafkahkan kepada isi keluarganya, tapi kalau isteri dok tanya dan diketahui duit itu duit haram, maka dia tak boleh nak makan duit itu.

Ekoran itu penerima duit dari kerajaan tak payah nak tanya duit dari sumber mana, kalau nak siasat, penerima gaji kakitangan kerajaan pun akan susah hati, dan ada yang berhenti kerja.

Orang dah bagi terima sajalah. Yang satu pihak tu nak jadi juara pasal apa ?.