Berikutan TGNA kata dia tidak bangga jadi Melayu, orang lain pun sibuk kutuk dia, saya sokong kata-kata dia dan saya tambah disini;
Bagaimana nak bangga jadi Melayu jika;
1. Yang isi pusat serenti adalah belia Melayu
2. Yang rempit adalah Melayu
3. Yang makan di kedai Cina dan India siang hari bulan Ramadhan adalah orang tua dan muda Melayu
4. Yang ditangkap khalwat adalah orang Melayu
5. Yang buang bayi adalah Melayu
6. Yang masuk sekolah Harapan adalah Melayu
7. Yang hisap rokok dalam uniform sekolah adalah Melayu
8. Yang pakai baju tayang pusat adalah Melayu
9. Yang campurtangan urusan polis dan mahkamah adalah Melayu
10. Yang kena tending universiti adalah Melayu
11. Yang seludup beras siam adalah Melayu
12. Yang seludup mercun adalah Melayu
13. Yang jual mercun rampasan adalah Melayu
14. Yang jual Tanah Melayu adalah Melayu
15. Yang bagi kad pengenalan kepada PTI adalah Melayu
16. Yang alibaba lessen adalah Melayu
17. Yang sewa premis perniagaan dia kepada orang asing adalah Melayu
18. Yang masih saying dan kembali ke London setiap merdeka adalah Melayu
19. Yang cakap melayu campur omputeh adalah Melayu
20. Yang buang tulisan jawi adalah Melayu
21. Yang lulus lessen judi adalah Melayu.
ada akai ke nak bangga dalam keadaan tersebut ?