Assalamualaikum.
Sejarah : “Bunga Lawang Bunga Cengkih”
Setelah beberapa bulan isu ini diutarakan, baru kali ini saya berkesempatan memberi sedikit respon. Dulu kita kena belajar sejarah luar Negara, kena ingat tokoh-tokoh luar Negara, maka kita anggap hebatlah tokoh-tokoh tersebut, jadi tak hairanlah jika ada rakan anda bernama Mustafa Kamal Attarturk, Gamal Nasir dan berbagai –bagai lagi.
Dalam sejarah yang kita belajar, kita (Melayu) diperlekehkan dengan hanya bermain keris dan keris pula digunakan untuk menikam Melayu sahaja.
Cis.., masakan keris Melayu untuk menikam Melayu sahaja. Kita merendahkan martabat bangsa, kita dikatakan bertikam sesama sendiri dalam sejarah Melayu.
Saya betulkan disini bahawa Melayu tidak bertikam sesama sendiri, sekadar menegakkan kebenaran , menegak yang haq dan yang batil. Dan bertikam juga adalah jalan terakhir jika si batil masih berkeras dan mahu menegakkan benang yang basah. Dan yang berkuasa sahaja boleh menghukum yang batil dengan kerisnya (keris jawatannya).
Sebab itu keris ada lambang tersendiri yang menunjukkan kuasa si pemakainya. Dalam sejarah Melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat bertikam kononnya sesama sendiri. Tidak..
Mereka tidak bertikam sesama sendiri.., selepas tiada jalan penyelesaian maka Hang Tuah ditugaskan menghukum Hang Jebat. Hang Jebat tetap mempertahan kebenaran dirinya, maka bertikam adalah jalan akhir.
Kebanyakan sejarah kita didongengkan oleh penjajah, dan kemudiannya didongengkan oleh bangsa kita sendiri, biasalah taktik penjajah sebegitu, mereka akan merendahkan martabat dan memperkecilkan keupayaan bangsa yang dijajah. Berbanding dengan Islam yang membuat pembukaan atau pembebasan fizikal dan jiwa disesuatu tempat. Islam tidak menjajah walau ¾ dunia didudukinya.
Secara pandangan tidak sihat (pandangan jahat), saya nampak ini hanyalah peluang untuk sesetengah orang atau orang tertentu atau seseorang tertentu dikalangan ‘mereka’ membuka peluang perniagaan, peluang untuk menjual Lap Top, menjual service lap top, kalau dulu Lap Top PPSMI kini Lap Top , mungkin nama program S1M (sejarah 1 Malaysia) atau lain-lain nama yang direka supaya sedap disebut dan relevan dengan situasi.
Kontrak pembekalan mungkin mencecah 10 tahun , kontrak servis mencecah 15 tahun.
Wahai pencinta sejarah yang berilmu, buatlah sesuatu, supaya bila dikeluarkan buku teks atau kurikulum baru sejarah, ia benar-benar sejarah yang benar. Sejarah tak pernah menipu, tetapi sejarah penipuan sejarah sebenar yang sering terjadi..
Bersambung .. 2.